Wednesday, January 18, 2012

MemBeLi-BeLaH Di pOpULaR bErSaMa BaUCer!!!

Assalamualaikum..

Ade satu story aku nk story kat u all..2 hari lepas aku bersama membe-membe ku pergi shopping bersama baucer rm 200 kat POPULAR Ipoh Parade..Banyak juga la barang kitorng beli..Aku pilih punya pilih barang sampai dah xtaw nak amik apew dah...hmmm..last-last cukup juga rm 100..


baucer aku yang bernilai rm 50..

sampai panjang nie resitnya..huhuh


setelah selesai menyopping..penat derr..

sekian jela cerita aku..huhuhuhu..





Sunday, January 15, 2012

FrieNdLy SilaT oLaHrAgA : PUO vs SUKMA Pahang At cAmeRon HigHLanD

ASSALAMUALAIKUM...

Kali nie saja aku nak kongsi cerita berkaitan silat olahraga dimana pada bulan 11 tahun 2011 yang lalu team pencak silat PUO (PUO Fighter) ade mengadakan perlawanan persahabatan dengan team SUKMA Pahang. Walaupun cite nie dah lama tapi saja aku nk post sebab sebelum nie tak berkesempatan nak cite..maklum la sibuk..Aku nk tunjuk kat korang gambar-gambar je masa kat sana..layan k..

Balora Taman Sedia - tempat berlangsungnya perlawanan 

Taklimat dari Pengurus, En Azrul dan Captain, Zaheruddin sebelum bergerak ke dewan Balora

Giliran aku plak nak bg taklimat..blalala..

Beratur semua...

Matress sebelah dewan...tempat trening before fight..

Sesi panaskan badan sebelum memulakan langkah pendekar..

Kenapa muka aku macam tu???heee

Jog dulu...

Sengih jew si Anas nie...

Semangat semua atlet PUO...

Warm-up dalam kumpulan..

Badan aku berasap masa nie..huhuh

Kekuda yang mantap dari aku n abe..

no komen!!

bergambar kenangan..

masa game aku..

Cmne..dah tengok kew??sampai kat sini dulu cite tuk post kali nie..naty ade masa aku tambah lagi gambar2 yang menarik yea...TUNGGU!!!!!!!!!!!

Friday, June 24, 2011

Seminggu di TAWAU, SABAH..

Salam semua kawan-kawan....Hujung bulan 5 yang lalu aku bersama PASUKAN PENCAK SILAT PUO ke Festival Silat Nusantara di Tawau, Sabah.. Di kejohanan tue kitorang berjaya membawa pulang 1 EMAS, 1 PERAK, dan 3 GANGSA. Alhamdulillah... Saksikan la serba sedikit gambar yang telah di snap oleh kitorang yea...LAYAN!!!



Ketika berada di LCCT Sepang


Muka layan setelah bangun dari tido..


Pemandangan permukaan darat..huhuh..skema ayat..


Selamat datang ke TAWAU..



Baru turun dari eroplen...


AIRASIA Eroplen..


Keadaan bandar TAWAU seawal jam 6.01 a.m..


Bersantai bersama rakan lain..Air bandung mahal btul..rm 3.50 sen...


Semangat MALAYSIAN..


En Azrul Fandi bersalaman dengan Presiden PESAKA, Ali Rustam..


Majlis Makan malam serta penyampaian pingat kategori seni..


Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang...


Pingat perak SOLO PUTERA..


PINGAT EMAS tempur putera..


Mereka dengan pingat mereka...


PUO dan PSA


TEAM PENCAK SILAT PUO..


Road to Semenanjung...dah nak balik...


Selamat tinggal TAWAU..


Sekian untuk kejohanan ini....





Sunday, May 08, 2011

Malaysiaku Tercinta

Sajak nie plak aku cipta semasa Minggu Bahasa Melayu di SMK Pekan Baru Parit Buntar dan mendapat tempat ketiga. Masa nie baru form 3.....hayatilah...


Sejak pertama kali aku membuka mata,
Aku berasa seperti berada di awang-awangan,
Aku berasa bertuah....
Kerana dilahirkan di tanah airku,
Aman, damai dan sentosa,
Tidak dapat kugambarkan.


Ada kala aku bersedih,
Mengenang rakan seusiaku yang berada,
Nun jauh di sana,
Peperangan, kekejaman....
Sudah lali dalam naluri mereka.


Simpati,
Itulah perasaan yang dapat kuluahkan,
Mengenangkan nasib mereka yang tidak terbela,
Mengapa dunia kini semakin kejam???


Sungguh bertuah,
Kerana dapat berada di tanah air tercinta,
Malaysia...


Bangunan, perindustrian,
Semuanya sudah membangun,
Berbeza sebelum merdeka,
Perubahan yang begitu ketara,
Seperti siang berganti malam.


Semuanya sudah berubah,

Kita sudah merdeka,
Penjajahan, kezaliman,
Sudah kita lupakan,
Kini,
Kita setaraf negara-negara maju,
Supaya Malaysia,
Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang...








Hasil nukilan,
Redzuan Farhan

P.U.O WARISAN NEGARA


Sajak nie aq cipta semasa pertandingan Mencipta Sajak Sempena Sambutan 40 Tahun PUO dan mendapat tempat ketiga...korang layan la k...

16 April 1969
Detik bersejarah
Kelahiran mu
Menjadi kebanggaan
Rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan

Politeknik Ungku Omar
Namamu terukir indah
Terulung di persada negara
Namamu terpahat
Di sanubari
Setiap warganya

Politeknik Ungku Omar
Menjadi khazanah negara
Banyak berjasa
Pada nusa dan bangsa
Melahirkan graduan
Puluhan ribu
Menabur bakti sana sini

Kini menjangkau usia 40 tahun
Politeknik Ungku Omar
Mengekalkan keunggulan
Menjadi sanjungan
Menjadi pilihan
Menjadi sebutan
Menjadi mercu kejayaan

Politeknik Ungku Omar
Institusi lagenda negara
Nama mu harum mekar
Mengekalkan warisan pendidikan
Terus menyerlah
Era Politeknik Malaysia.



Hasil Nukilan  : Muhd Redzuan Farhan Bin Mohd Saad
No. Pendaftaran: 01DKA09F1014
Kursus         : Diploma Kejuruteraan Awam