Friday, June 24, 2011

Seminggu di TAWAU, SABAH..

Salam semua kawan-kawan....Hujung bulan 5 yang lalu aku bersama PASUKAN PENCAK SILAT PUO ke Festival Silat Nusantara di Tawau, Sabah.. Di kejohanan tue kitorang berjaya membawa pulang 1 EMAS, 1 PERAK, dan 3 GANGSA. Alhamdulillah... Saksikan la serba sedikit gambar yang telah di snap oleh kitorang yea...LAYAN!!!



Ketika berada di LCCT Sepang


Muka layan setelah bangun dari tido..


Pemandangan permukaan darat..huhuh..skema ayat..


Selamat datang ke TAWAU..



Baru turun dari eroplen...


AIRASIA Eroplen..


Keadaan bandar TAWAU seawal jam 6.01 a.m..


Bersantai bersama rakan lain..Air bandung mahal btul..rm 3.50 sen...


Semangat MALAYSIAN..


En Azrul Fandi bersalaman dengan Presiden PESAKA, Ali Rustam..


Majlis Makan malam serta penyampaian pingat kategori seni..


Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang...


Pingat perak SOLO PUTERA..


PINGAT EMAS tempur putera..


Mereka dengan pingat mereka...


PUO dan PSA


TEAM PENCAK SILAT PUO..


Road to Semenanjung...dah nak balik...


Selamat tinggal TAWAU..


Sekian untuk kejohanan ini....





Sunday, May 08, 2011

Malaysiaku Tercinta

Sajak nie plak aku cipta semasa Minggu Bahasa Melayu di SMK Pekan Baru Parit Buntar dan mendapat tempat ketiga. Masa nie baru form 3.....hayatilah...


Sejak pertama kali aku membuka mata,
Aku berasa seperti berada di awang-awangan,
Aku berasa bertuah....
Kerana dilahirkan di tanah airku,
Aman, damai dan sentosa,
Tidak dapat kugambarkan.


Ada kala aku bersedih,
Mengenang rakan seusiaku yang berada,
Nun jauh di sana,
Peperangan, kekejaman....
Sudah lali dalam naluri mereka.


Simpati,
Itulah perasaan yang dapat kuluahkan,
Mengenangkan nasib mereka yang tidak terbela,
Mengapa dunia kini semakin kejam???


Sungguh bertuah,
Kerana dapat berada di tanah air tercinta,
Malaysia...


Bangunan, perindustrian,
Semuanya sudah membangun,
Berbeza sebelum merdeka,
Perubahan yang begitu ketara,
Seperti siang berganti malam.


Semuanya sudah berubah,

Kita sudah merdeka,
Penjajahan, kezaliman,
Sudah kita lupakan,
Kini,
Kita setaraf negara-negara maju,
Supaya Malaysia,
Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang...








Hasil nukilan,
Redzuan Farhan

P.U.O WARISAN NEGARA


Sajak nie aq cipta semasa pertandingan Mencipta Sajak Sempena Sambutan 40 Tahun PUO dan mendapat tempat ketiga...korang layan la k...

16 April 1969
Detik bersejarah
Kelahiran mu
Menjadi kebanggaan
Rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan

Politeknik Ungku Omar
Namamu terukir indah
Terulung di persada negara
Namamu terpahat
Di sanubari
Setiap warganya

Politeknik Ungku Omar
Menjadi khazanah negara
Banyak berjasa
Pada nusa dan bangsa
Melahirkan graduan
Puluhan ribu
Menabur bakti sana sini

Kini menjangkau usia 40 tahun
Politeknik Ungku Omar
Mengekalkan keunggulan
Menjadi sanjungan
Menjadi pilihan
Menjadi sebutan
Menjadi mercu kejayaan

Politeknik Ungku Omar
Institusi lagenda negara
Nama mu harum mekar
Mengekalkan warisan pendidikan
Terus menyerlah
Era Politeknik Malaysia.



Hasil Nukilan  : Muhd Redzuan Farhan Bin Mohd Saad
No. Pendaftaran: 01DKA09F1014
Kursus         : Diploma Kejuruteraan Awam

Friday, May 06, 2011

Selamat Tinggal Latihan Industri di Jabatan Pembangunan USM Part 2#

Selamat kembali untuk part yg ke-2...kali nie aq nk cite psal apew yg aq ase aq nk citer..dalam dok berpraktikal nie..sempat la aku merasa pengalaman sebagai staf untuk persediaan Hari Konvokesyen..PEHHHHHHH..aku cakap..memang best...persiapan yg dibuat memang cukup teratur..korang yang xmerasa bagaimana staff-staff kat sin i buat kerja memang la cakap senang..tapi kalo korang yang buat aku rasa x sanggup gamaknya..


Aku percaya ramai daripada korang yang pernah merasa pergi Hari Konvo kan..xkisa la sapew-sapew yg konvo..mesti best kan..jom kite layan kjap yew..


Konvokesyen USM Ke-43


Nie la mukadimah kepada post tentang Konvo nie..cam menarik x??? Kalau nak tahu scroll kew bawah lagi k...Layan!!!!!

ini lah barisan kita yang ikhlas berjuang...heheehehe


 ini bila Sultan Perlis da sampai...

kalau kotrang kenal nie sapew???Dr. M.Jegathesan

suasana dalam Dewan Utama..

waris yang datang untuk berkongsi kegembiraan..

Lepas nie kite lihat plak antara aktiviti yang berlaku di laur dewan...

baca surat khabar lak dia....maaf...masalh teknikal....hehee

ini kalau xde xsah la....

doraemon n sin chan pon nak konvo juga ker....huhu

menarik juga button-button I LOVE USM nie kan..tapi LOVE LAGI KAT PUO..huhuu


Korang dah tengok serba sedikit kan Majlis Konvokesyen kat USM nie...Ini semua di depan tabir..post lepas nie aku akan bawa korang saksikan belakang tabir pulak...TUNGGU!!!!


p/s: Nantikan part ke 3#



Tuesday, May 03, 2011

Selamat Tinggal Latihan Industri di Jabatan Pembangunan USM Part 1#

Tanggal 29 November 2010 aku menjejaki kaki ke Jabatan Pembangunan USM untuk mencari sebuah pengalamn yang akan mengajar aku erti kehidupan seorang pekerja..cewah..cam berpuisi lak aku kan..hehehe..

Kali nie aku nak story pasal  latihan industri aku kat Jabatan Pembangunan USM...mEMANG BEST...Macam-macam la yang berlaku kat sku semasa berPRAKTIKAL kat sini..first jom kita saksikan panorama di Jabatan Pembangunan USM dulu k...LAYAN!!!


Jabatan Pembangunan USM..


kalo korang sampai kat Jabatan Pembangunan nie la pintu masuk dia..ok..

jika penat berehat la dulu..

suasana opizzzzz!!!!

padang futsal pon ade taw..

laluan kew bengkel yang selalu aku pergi lepak lorh..


Dah abis layan panorama pasnie jom kita tengok keje-keje terakhir aq wat kat site...buat???xkot..tengok jew..huhuh..maklum la keje-keje nie yg ade skill jew...aq nie mana ade skill ag..


dah nak pasang tetulang tuk tiang dah..


beginilah keadaan di site semasa aku meninggalkannya..


apew nie??????//cer teka...

En. Sohaimi bagi taklimat berkaitan Sistem Automasi Bangunan-BAS


nie jela antara keje-keje terakhir aku buat kat Jabatan Pembangunan..kalo nak tahu lagi cerita-cerita disebalik latihan industriku tunggu post seterusnya k..layan..hehee

Wednesday, February 23, 2011

cEritA FesTiVaL sUkAn KoMbAt 2011

baru-baru nie aku bawu balik game kat upsi

FESTIVAL SUKAN KOMBAT 2011..

masa tue aku pegi ngn team PUO..

best la sebab lama  xmaen dapat gak aku melepaskan gian dalam diri aku nie..

bila da smpai kitorang trening la..

maklum la..persiapan terakhir la katakan..

team PUO dok trening.

lepas trening tue..

jeng..jeng..jeng..!!!

saat yang ditggukn tiba...

nak tahu undian la...

setelah masing-masing tahu lawan diorang tiba la saat aku pula...

aku akan bertemu pesilat tuan rumah..UPSI!!

tapi tue xkan patahkan semangat aku..

aku dtg game nie pown aku nak tengok tahap aku..

jadi bukan tekanan ke atas aku..

BILA tiba hari perlawanan...

aku pown main cm biasa...

aku guna kan formula BLOK + PUNCH + KICK..

tiba-tiba aku kena jatuhan..

"relax jew dalam fikiran aku"

"ada masa ag nih"

aku pown main jela sambil dok tengok pelepas..

EN AZRUL and ABG NUAR..

dipendekkan cita..

tamat la game tersebut..

BILA KETUA JURI CAKAP..

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KELAS I PUTERA...

DIMENANGI OLEH PESILAT DARI SUDUT....

BIRU!!!!!

aku la tue...

HEPI GILA MASA TUE...BERSYUKUR SANGAT..

ALHAMDULILLAH.

tapi nie baru separuh akhir..

di perlawanan akhir ..

aku tewas kepada pesilat yang pernah main MALAYSIA..

tapi xpew..

tue pengalaman berguna untuk aku...

kat bawah nie ade video aku main..

korang layan la k...

nie antara pic yg sempat di snap masa aku lawan...


xjatuh pown.... 


siap bersedia dengan langkah masing-masing.


apa aku nak buat nie..cepat..cepat..mana idea!!.


yang penting kita blok dia nk tumbuk tue.. 


buat apew tue..hmm.. 


yg belakang tue pelepas aku..EN AZRUL dan ABG NUAR 


tendang..waccchaa!!!! 


brother yg aku lawan nie pernah men MALAYSIA...bnyk pengalaman aku dapat..


bersungguh-sungguh aku menumbukk...


pingat perak yang pertama dalam pencak silat..

HAA..dah layan ka????kalo dah apew komen korang???ok x????