Sunday, May 08, 2011

Malaysiaku Tercinta

Sajak nie plak aku cipta semasa Minggu Bahasa Melayu di SMK Pekan Baru Parit Buntar dan mendapat tempat ketiga. Masa nie baru form 3.....hayatilah...


Sejak pertama kali aku membuka mata,
Aku berasa seperti berada di awang-awangan,
Aku berasa bertuah....
Kerana dilahirkan di tanah airku,
Aman, damai dan sentosa,
Tidak dapat kugambarkan.


Ada kala aku bersedih,
Mengenang rakan seusiaku yang berada,
Nun jauh di sana,
Peperangan, kekejaman....
Sudah lali dalam naluri mereka.


Simpati,
Itulah perasaan yang dapat kuluahkan,
Mengenangkan nasib mereka yang tidak terbela,
Mengapa dunia kini semakin kejam???


Sungguh bertuah,
Kerana dapat berada di tanah air tercinta,
Malaysia...


Bangunan, perindustrian,
Semuanya sudah membangun,
Berbeza sebelum merdeka,
Perubahan yang begitu ketara,
Seperti siang berganti malam.


Semuanya sudah berubah,

Kita sudah merdeka,
Penjajahan, kezaliman,
Sudah kita lupakan,
Kini,
Kita setaraf negara-negara maju,
Supaya Malaysia,
Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang...








Hasil nukilan,
Redzuan Farhan

P.U.O WARISAN NEGARA


Sajak nie aq cipta semasa pertandingan Mencipta Sajak Sempena Sambutan 40 Tahun PUO dan mendapat tempat ketiga...korang layan la k...

16 April 1969
Detik bersejarah
Kelahiran mu
Menjadi kebanggaan
Rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan

Politeknik Ungku Omar
Namamu terukir indah
Terulung di persada negara
Namamu terpahat
Di sanubari
Setiap warganya

Politeknik Ungku Omar
Menjadi khazanah negara
Banyak berjasa
Pada nusa dan bangsa
Melahirkan graduan
Puluhan ribu
Menabur bakti sana sini

Kini menjangkau usia 40 tahun
Politeknik Ungku Omar
Mengekalkan keunggulan
Menjadi sanjungan
Menjadi pilihan
Menjadi sebutan
Menjadi mercu kejayaan

Politeknik Ungku Omar
Institusi lagenda negara
Nama mu harum mekar
Mengekalkan warisan pendidikan
Terus menyerlah
Era Politeknik Malaysia.



Hasil Nukilan  : Muhd Redzuan Farhan Bin Mohd Saad
No. Pendaftaran: 01DKA09F1014
Kursus         : Diploma Kejuruteraan Awam

Friday, May 06, 2011

Selamat Tinggal Latihan Industri di Jabatan Pembangunan USM Part 2#

Selamat kembali untuk part yg ke-2...kali nie aq nk cite psal apew yg aq ase aq nk citer..dalam dok berpraktikal nie..sempat la aku merasa pengalaman sebagai staf untuk persediaan Hari Konvokesyen..PEHHHHHHH..aku cakap..memang best...persiapan yg dibuat memang cukup teratur..korang yang xmerasa bagaimana staff-staff kat sin i buat kerja memang la cakap senang..tapi kalo korang yang buat aku rasa x sanggup gamaknya..


Aku percaya ramai daripada korang yang pernah merasa pergi Hari Konvo kan..xkisa la sapew-sapew yg konvo..mesti best kan..jom kite layan kjap yew..


Konvokesyen USM Ke-43


Nie la mukadimah kepada post tentang Konvo nie..cam menarik x??? Kalau nak tahu scroll kew bawah lagi k...Layan!!!!!

ini lah barisan kita yang ikhlas berjuang...heheehehe


 ini bila Sultan Perlis da sampai...

kalau kotrang kenal nie sapew???Dr. M.Jegathesan

suasana dalam Dewan Utama..

waris yang datang untuk berkongsi kegembiraan..

Lepas nie kite lihat plak antara aktiviti yang berlaku di laur dewan...

baca surat khabar lak dia....maaf...masalh teknikal....hehee

ini kalau xde xsah la....

doraemon n sin chan pon nak konvo juga ker....huhu

menarik juga button-button I LOVE USM nie kan..tapi LOVE LAGI KAT PUO..huhuu


Korang dah tengok serba sedikit kan Majlis Konvokesyen kat USM nie...Ini semua di depan tabir..post lepas nie aku akan bawa korang saksikan belakang tabir pulak...TUNGGU!!!!


p/s: Nantikan part ke 3#



Tuesday, May 03, 2011

Selamat Tinggal Latihan Industri di Jabatan Pembangunan USM Part 1#

Tanggal 29 November 2010 aku menjejaki kaki ke Jabatan Pembangunan USM untuk mencari sebuah pengalamn yang akan mengajar aku erti kehidupan seorang pekerja..cewah..cam berpuisi lak aku kan..hehehe..

Kali nie aku nak story pasal  latihan industri aku kat Jabatan Pembangunan USM...mEMANG BEST...Macam-macam la yang berlaku kat sku semasa berPRAKTIKAL kat sini..first jom kita saksikan panorama di Jabatan Pembangunan USM dulu k...LAYAN!!!


Jabatan Pembangunan USM..


kalo korang sampai kat Jabatan Pembangunan nie la pintu masuk dia..ok..

jika penat berehat la dulu..

suasana opizzzzz!!!!

padang futsal pon ade taw..

laluan kew bengkel yang selalu aku pergi lepak lorh..


Dah abis layan panorama pasnie jom kita tengok keje-keje terakhir aq wat kat site...buat???xkot..tengok jew..huhuh..maklum la keje-keje nie yg ade skill jew...aq nie mana ade skill ag..


dah nak pasang tetulang tuk tiang dah..


beginilah keadaan di site semasa aku meninggalkannya..


apew nie??????//cer teka...

En. Sohaimi bagi taklimat berkaitan Sistem Automasi Bangunan-BAS


nie jela antara keje-keje terakhir aku buat kat Jabatan Pembangunan..kalo nak tahu lagi cerita-cerita disebalik latihan industriku tunggu post seterusnya k..layan..hehee