Tuesday, February 01, 2011

Sekolah Pertama Ku..S.K.S.K

Haiiii....post kali ini aku nak story sikit kat korang pasal sekolah. Setiap manusia pernah pergi sekolah kan????kalo korang cakap x pernah tue maksudnya korang pun sebahagian daripada mereka yang x pernah ke sekolah la..huuhuu..

Aku dulu waktu tadika parents aku hantar kat tadika sebelah Masjid Parit Buntar tapi sekarang nie tadika tue da x wujud dah pun. So, aku akan cerita tentang sekolah yang mula-mula mengajar aku tentang dunia kehidupan sebenar. Untuk pengetahuan korang, aku dulu bersekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Seri Kerian, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan..cuba la korang tengok picture sekolah aku nie..layan la k..

nie pintu masuk sekolah aku


 logo sekolah

 astaka tempat melepak aku time rehat

 makmal komputer yang dijaga oleh Cikgu Siti Hasanah tapi tue dulu..skunk nie xtaw la plak cikgu mana yang jaga

 kelas yang hujung tue aku penah ditempatkan

 kantin sksk

barisan para pendidik yang pernah mencurahkan ilmu pada aku dulu

Antara cikgu yang aku masih ingat yang mengajar aku dulu Cikgu Rosli, Teacher Zainon,  Cikgu Ishak, Cikgu Azizan. Itu jea yang aku ingat. Nama cikgu lain bukan dilupakan tetapi al-maklum la da lama sangat tinggal zaman persekolahan lebih-lebih lagi zaman sekolah rendah nie kan. Walaupun ada antara nama cikgu yang dah aku lupa tetapi jasa dan pengorbanan diaorang dalam mendidik anak bangsa adalah satu jihad yang sangat besar tidak pernah aku lupakan. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai dengan wang rinngit RRRMMMMMM...

Sekarang nie aku nak cerita pulak tentang kenangan aku sewaktu belajaq kat sana. Aku akan mula story aku dari aku darjah yang aku ingat jela k.ehehe. Masa darjah satu aku ditempatkan kat kelas 1 Mutiara. Nie kira kelas no1 la kn..mesti eksen lebih sikit.. Peristiwa yang aku ingat masa darjah satu aku pernah kena penampar dengan penolong kanan disiplin. Aku dah lupa la sebab apa. Tapi xpa itu x penting. Yang penting pipi aku memang berdesing la kata orang..Masa darjah 2 Mutiara pulak langsung aku xingat peristiwa apa yang berlaku. Masa darjah 3 Mutiara aku ase aku ade suka dengan sorang gurl nie tapi xperlu la aku bagi tahu nama dia..malu la pulak rasanya.huhu..Macam nie kisahnya..Member aku ada tnya kat aku dalam kelas nie sapew paling cantik???? so aku cakap la nama gurl yang aku minat nie..Lepas tue apew lagi kecoh la satu kelas aku minat kat gurl tue..Naik segan aku..aduhh...

Masa darjah 4...hmmm...apew ek...baru aku ingat..Masa nie la aku kena turun kelas.. Dari darjah 1 smpai darjah 3 kelas Mutiara maksudnya kelas no 1 la..masuk je darjah 4 turun kelas 4 Delima iaitu kelas no 3 ..pastu apelagi segan la dan ade la perasaan menyesal macam na la aku bolew turun kelas. Masa darjah 5 pulak aku stay la kelas yang sama iaitu 5 Delima. Masa darjah 5 aku xingat papew la..Sori la pembaca-pembaca semua. Masa darjah 6 nie la aku rasa bangga sikit nak cerita. Sebabnya masa darjah 6 la aku dinaikkan kelas dari kelas Delima ke kelas 6 Zamrud. Terasa pandai la sikit kan. Cikgu kelas 6 Zamrud nie Teacher Zainon. Kalau sapa yang xpernah kenal cikgu nie mesti cakap dia garang tapi sebenarnya tidak. Muka jea garang tapi hati banyak baik lorhhh...Peristiwa yang berlaku masa darjah 6 nie berbeza dari yang sebelum-sebelum nie..Korang nak tahu x sepanjang darjah 6 iaitu pada tahun 2003 kelas 6 Zamrud la yang sentiasa memenangi kelas paling ceria. Nak tahu sebab apa..??????

Sebabnya Teacher Zainon nie la yang dok ceriakan kelas kami.Aduhhh..Memang teruk betul kitorang nie kan..hahahahaa..Nak diikutkan cerita, ade satu hari tue dia masuk kelas dia suruh aku dan ahli kelas aku berdiri kat luar, lepas tue dia sorang jea yang buat kelas tue sampai jadi ceria. Memang baik sungguh la cikgu nie. Kami pulak yang jadi segan apabila tiba hari isnin setiap minggu untuk penyampaian anugerah kelas paling ceria sebab cikgu nie sorang jea yang wat keje..ehehehehe..

Satu lagi pasal Cikgu Fauzi. Memang cikgu nie best. Dia ajar math. Sebab dia la subjek math aku yang sentiasa merah bolew bertukar bukan saja kepada warna biru tapi siap dapat  A+++++ (sebab banyak plus kerana smakin meningkat la prestasi aku).. Kalau dia ajar, senyap sunyi kelas yang dia ajar tue. Kalau korang xtahu cara dia mengajar pasti korang akan kata kalo aku dapat cikgu nie da macam aku duduk dalam sangkar singa atau harimau. Pernah rasanya sekali result exam aku teruk....Korang nak tahu dia buat apa kat aku??????? Aku kena jentik dengan getah 25 kali (seingat aku la) kat telinga memang merah dah macam cili api la telinga aku..huhuuh..

UPSR...peperiksaan umum pertama aku. Korang nak taw ke keputusan aku..x la sepandai-pandai tupai melompat kan..tapi alhamdulillah la. Aku dapat 3A 2B je. Subjek aku paling xpercaya adalah Bahasa Inggeris sebab aku dapat B. Kira gred B tue adalah paling baik pernah aku dapat sebab subjek B.I aku xpernah lulus taw x. Tue la korang len kali belajar betul-betul jangan banyak main-main macam aku. Memang bersyukur la dengan keputusan nie..sampai kat sini jea story aku kat korang tentang kisah aku masa sekolah rendah dulu..nati ade masa aku tulih la lagi cerita yang terbaikkkk dari ladang k. Sehingga berjumpa lagi. Bye..Assalamualaikum..

2 comments: