Tuesday, February 01, 2011

Pembinaan (Syurga / Neraka)

ASSALAMUALAIKUM.. Kali nie aku ade satu story nak kogsi dengan korang. Story ni berkaitan dengan sesiapa yang bekerja di tapak bina (site). Kelmarin aku pergi site dengan member aku nie pastu ade la pakcik nie nama dia Pak Cik Talib. Dia nie seorang surveyor kat site yang aku jaga nie. Korang taw kew surveyor tu apa???? Surveyor tue juruukur la.. Ok. Aku teruskan dengan story yang aku nk sampaikan pada korang nie. Pakcik nie punya cerita tentang asam garam dia dalam dunia pembinaan nie kan macam-macam la dia cerita sampai naik ternganga la aku dengar story pak cik nie. Maklum la orang da veteran mesti la banyak suka duka yang dia nak sampaikan kepada aku dan member aku yang masih setahun jagung dengan pembinaan nie...





Dalam sedang pakcik nie dok cerita member aku menyampuk la. Dia kata sebelum datang praktikal nie ade la lecturer dia cerita kat dia tentang satu cerita nie tapi yang aku hairan aku satu kelas dengan dia tapi aku xpernah dengar pun lecturer tue story tentang cerita nie (mungkin aku dok mengelamun dalam kelas la kan sebab tue tak perasan lecturer cerita). Lecturer tue cerita berkaitan dunia pembinaan la kan. Sesiapa yang terlibat dalam dunia pembinaan nie kan seperti jurutera, bomba, polis dan sesiapa saja la ada kena mengena jika tak jujur dalam sesuatu tugas yang dia laksana kan maka akan terima la balasan kat akhirat kelak.

Lecturer aku nie cerita dia kata kat akhirat nati ade syurga dan neraka kan?? So, pada satu hari kan ahli neraka dengan ahli syurga berasa ingin merasai pengalaman berada di tempat yang berlainan. Maksudnya ahli neraka ingin merasa pengalaman berada di syurga dan sebaliknya. So, diaorang dapat satu cadangan nak buat satu jambatan menghubungkan syurga ke neraka dan neraka ke syurga. Salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya ahli syurga dan neraka membina separuh separuh daripada keseluruhan jambatan. Maksudnya ahli syurga bina separuh dan ahli neraka bina separuh jadi mereka bertemu la di pertengahan. Kedua-dua penghuni syurga dan neraka nie pown bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka pun teruskan lah kerja membina tersebut. Dalam asyik membina tue salah seorang penghuni neraka tue menjerit bahawa mereka sudah sampai di pertengahan tapi mengapa penghuni syurga belum sampai lagi malahan tidak nampak sebarang kemajuan keatas jambatan yang ingin mereka bina. Setelah di siasat barulah mereka mendapati bahawa kesemua jurutera dan yang cekap dalam pembinaan berada di kawasan pembinaan ahli neraka sedangkan di kawasan ahli syurga hanya ada pekerja bawahan.

Moral daripada cerita nie dalam dunia pembinaan khususnya, ramai yang terlibat dengan rasuah khasnya. Mereka yang bekerja di bawah melakukan kerja dengan penuh kejujuran tapi mereka yang berada diatas yang mudah kabur mata dengan wang ringgit. Tapi bukan semua begitu. Jadi kita sebagai hamba perlulah berkerja dengan penuh kejujuran dan integriti supaya kita tidak berada seperti keadaan dia atas tue.

SELAMAT BERAMAL!!!!

3 comments: