Sunday, May 08, 2011

Malaysiaku Tercinta

Sajak nie plak aku cipta semasa Minggu Bahasa Melayu di SMK Pekan Baru Parit Buntar dan mendapat tempat ketiga. Masa nie baru form 3.....hayatilah...


Sejak pertama kali aku membuka mata,
Aku berasa seperti berada di awang-awangan,
Aku berasa bertuah....
Kerana dilahirkan di tanah airku,
Aman, damai dan sentosa,
Tidak dapat kugambarkan.


Ada kala aku bersedih,
Mengenang rakan seusiaku yang berada,
Nun jauh di sana,
Peperangan, kekejaman....
Sudah lali dalam naluri mereka.


Simpati,
Itulah perasaan yang dapat kuluahkan,
Mengenangkan nasib mereka yang tidak terbela,
Mengapa dunia kini semakin kejam???


Sungguh bertuah,
Kerana dapat berada di tanah air tercinta,
Malaysia...


Bangunan, perindustrian,
Semuanya sudah membangun,
Berbeza sebelum merdeka,
Perubahan yang begitu ketara,
Seperti siang berganti malam.


Semuanya sudah berubah,

Kita sudah merdeka,
Penjajahan, kezaliman,
Sudah kita lupakan,
Kini,
Kita setaraf negara-negara maju,
Supaya Malaysia,
Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang...








Hasil nukilan,
Redzuan Farhan

No comments:

Post a Comment